Wednesday, April 2, 2008

Minat Ayam Belanda/Ayam Piru/Turkeys ???

Anda berminat membela/menternak ayam belanda?

Saya menternak secara sambilan. Alhamdulillah setelah lebih setahun membela, banyak yang boleh dipelajari mengenai ayam ini. Sedikit tips untuk yang berminat.....
Ketika kecil, ayam ini memerlukan penjagaan yang lebih berbanding ayam. Ia perlu kepada persekitaran yang agak panas.Lampu perlu dipasang terutama pada musim hujan. Jika kesejukan, kadar kematian ketika kecil agak tinggi.
Makanan diberi jugak yang mengandungi khasiat yang sesuai. Jika diberi makanan sembarangan, anak ayam belanda menjadi tidak sihat. Elakkan air paip yang berklorin, lebih baik gunakan air tadahan hujan atau perigi/telaga. Jika tidak dapat dielakkan, tadah dulu air paip semalaman sebelum diberi minum.
Pada umur sebulan lebih, boleh juga diberi dedaun ataupun rumput sebagai makanan tambahan selang 2 atau 3 hari. Sedikit pasir boleh diletakkan dalam bekas makanan seminggu sekali kerana baik untuk sistem penghadaman ayam belanda.
Penjagaan yang rapi ini perlu sehinggalah ayam ini berusia 2-3 bulan. Namun demikian jika dilepas ke tanah sebelum usia itu, pastikan persekitaran hendaklah sentiasa kering.
Selepas bulan ke-3, penjagaan menjadi lebih mudah dan kadar kematian adalah sangat kecil.
Boleh diberikan makanan lebihan atau dedaun berserta dedak yang bersesuaian.
Ia amat menggemari dedaun mempunyai kandungan air yang tinggi seperti daun pisang, serai, pandan, kangkung serta rumput. Lebihan sayuran dari pasar juga boleh diberi (basuh dulu takut2 ada racun). Buah-buahan yang telah rosak seperti betik, jambu batu, mangga dsb. juga boleh diberikan. Ayam belanda sukakan makanan lembut/lembik yang senang dipatuk..........
bersambung..............berminat atau sebarang pertanyaan -arif 012-4271137

Untuk yang ingin membeli anak dan ayam dewasa di kawasan tengah - Selangor, Negeri Sembilan & Melaka.....penghantaran boleh diuruskan.



11 comments:

zaminvest said...

Berapa RM Untuk sepasang anak yang 2 minggu umur? Boleh tahu jantan betinanyakah?

Chai Dee said...

Boleh tak nak beli 100 ekor saja???

Unknown said...

penghantaran termasuk? kat mana projek?

dydyz colection said...

saya ada beli 2 ekor ayam ni lebih krg 4 mggu usianya, tp saya tdk tau mana yg jantan atau betina.boleh advise skit

pak cu said...

bleh emelkan saya harga n lokasi kat mana...klu bleh yang dewasa je..nk buat projek la...kerusi_jpn@yahoo.com.tq

BangDon - Servis Buat Blog Ala Website said...

sy bru mla nk trnak aym piru... ada ank 18 ekor. umur dlm 3 4 minggu. ni blog sy kluk2jenal.blogspot.com, ngah kmaskni

REAL ESTATE AND EXTREEM PROGRAM CONSULTANT said...

cadang nak beli dalam 50 ekor....berapa harga dan kos penghantaran ke Selangor... email saya matsaman6@gmail.com

Anonymous said...

http://www.livestockasia.com/index.html


molek bagi penggemar livestock tidak lepaskan peluang ke KLCC bermula hari ni -

buka minda & grabs new idea /techno.

gratis le.. pat2,,

all d best!

anip penang said...

Sya brcdng nk bela ayam piru..nk mula ngn 100 ekor yg umur sebulan..bole tau harga?email kt anip_dpl@yahoo.com atau call 012-4568061

Raja muda pulau cendana said...

Owner nya dah meninggal ke.... Call x dapat2...

jaanahlaba said...

Bet of The Day Casino Review and Bonus Codes 2021
The Bet of the Day 파워 볼 검증 사이트 casino review provides information 원피스바카라 about 다파벳 its slots, 룰렛 판 live casino games, sports betting, bingo, casino games, 포커 룰 and the bonus